Friday 30 March 2012

pjk(kemahiran melompat)

         Murid-murid belajar kemahiran melompat menerusi lompat setempat, lompat lari dan permainan. Pertandingan  lompat dengan menggunakan beg kitar semula dapat menarik minat murid-murid untuk mengambil bahagian.
         Begitu juga, murid-murid diminta melompat dari gelung ke gelung yang lain lalu berlari balik. Semasa menjalankan aktiviti ini, guru mengingatkan murid-murid mendarat dengan lutut difleksi supaya tidak  kecederaan lutut.
Part 1Part 2Part 3Part 4Part 5
         Dari segi psikomotor,  objektif pembelajaran  dan pengajaran ini ialah supaya murid-murid dapat melompat pada satu jarak,mendarat dengan kedua-dua belah kaki dengan lutut yang betul. Dari segi kognitif, murid-murid dapat menguasai kepentingan lutut difleksi semasa mendarat. Dari segi afektif pula, murid-murid boleh menunjukkan semangat kerjasama dan keseronokan semasa melakukan permainan.


HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PJK TAHUN 3 http://akses.skseriampang.net/HSP/09_Pendidikan_Jasmani_Kesihatan/hsp_pj_y3.pdf


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN  
LATIHAN DAN SOALAN